Nampaknya kes pedofilia atau bahasa lainnya keinginan seks terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan, pendedahan demi pendedahan dilakukan kita dengar di media, ia merupakan perkembangan yang tidak baik.
Banyak kejadian terjadi tanpa kita sedari ketika anak kita berada luar dari rumah atau luar dari pengetahuan dan kawalan kita. Berdasarkan kajian golongan kanak-kanak ini atau mereka yang sedang meningkat ke alam remaja kini menjadi sasaran lelaki hidung belang dan kini lebih terdedah dengan aplikasi-aplikasi sosial seperti WeChat yang hanya perlu takan butang 'look around' untuk mencari mangsa mereka.
Seorang wanita bernama Zarra Asyaari melalui laman Facebook miliknya menceritakan kejadian yang sungguh tidak disangka berlaku di belakang rumahnya melibatkan jenayah Pedofilia ini. Menurut beliau. selalu dia hanya dengar kisah ini di media, tetapi kali ini berlaku di depan matanya sendiri.
Jom kita baca kisah yang dikongsikannya. Ini adalah pandangan dari dalam rumah saya, di situlah seorang lelaki menghentikan motosikalnya di hadapan tong sampah rumah kami.
Minta semua ibu bapa berhati-hati, selalu baca 'paper' dan tengok berita, tetapi hari ini berlaku di depan mata saya. Tadi(20/6) dalam pukul 11.30 pagi, saya telah ke dapur untuk menyiapkan bekal Uzma ke sekolah, Uzma baru berumur lima tahun, masuk sekolah jam 12 tengahhari.
Ketika tengah siapkan makanan, tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal dengan membawa seorang budak perempuan berumur empat atau lima tahun berhenti di belakang rumah saya. Budak berkenaan berdiri di bahagian hadapan motosikal berkenaan(skuter) sambil beg sekolah di belakang badan.
Saya nampak lelaki itu alihkan beg budak itu sambil padang kiri kanan, dia tidak nampak saya sebab cermin dapur memang gelap, hanya boleh melihat dari dalam ke luar. Selepas alihkan beg budak itu, lelaki berkenaan telah membuka zip seluarnya dan dia angkat baju budak itu, lepas itu dia tarik kain budak perempuan itu.
Saya jerit sekuat hati sambil tangan tepuk-tepuk cermin rumah saya, saya rasa menggigil sambil menangis, saya takut sanagt masa itu, lelaki itu terkejut dan sambil mata memandang kiri kanan, mungkin diatengah cari suara saya, lepas itu dia terus pecut motosikal berkenaan melarikan diri. Ya Allahhh!..
Menurut Puan Zarra Asyaari lagi, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak berkenaan beruniform seperti seorang pelajar prasekolah berdekatan rumahnya.
LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT