Kisah Sebenar Lelaki yang ditolak pinangan nya dan Caption yang Menjadi Viral




Kisah Pinangan Lelaki Kisah ini bermula semasa praktikal bersama. Diwaktu itulah saya jatuh hati dengan perwatakan & gaya dia. Orang pun ada kata, rupa itu adalah bonuslah. saya ni kalau suka kat seseorang susah nak gentleman pergi bagi tahu sendiri. Biar jelah minat diam-diam dalam hati je then last-last melepas. Begitulah yang selalu terjadi. Tapi kali ini terasa lain bagaikan ada sesuatu yang telah mendekatkan kami. Yer, kenal dari mata kemudian turun ke hati. Menjadikan hati saya ni lebih berbunga-bunga. Setelah lama berkawan saya makin sayangkan dia, susah nak cari orang perempuan macam dia, sopan santun, keturunan yang nice, perwatakan yang lembut, senang terima teguran, sentiasa berubah kearah kebaikan dan yang paling penting selalu kejutkan saya solat subuh, tidak pernah miss. Situ la saya paling respect kat dia.

Kadang-kadang saya yang tido Sekejap je sebab nak bertanding kejut awal subuh. Kami tidak declare hanya  berkawan dengan niat ke arah perhubungan halal dan sentiasa menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan. Bila dah lama kenal saya jadi makin sayang, sentiasa ingin ada disisi dia dan menjaga dia. Niat saya ni ikhlas kerana Allah bukan naf`su semata-mata. saya ingin menjaga dia . Di hari jadinya dia saya buat suprise dengan call family dia untuk menghantar rombongan meminang. Dari situlah saya suarakan niat untuk meminang dia dalam masa terdekat.

Rupanya baru saya sedar yang dalam sayang saya juga sering memakan hati dia, buat dia sentap dengan saya. Banyak lah salah yang saya buat. Tapi dia diam je. Kali ni baru meletop. Hari demi hari dia merajuk dengan saya, dia marah sangat dengan saya. Masing-masing ego masa tu semua tidak nak mengaku salah. Tapi niat itu diminta tangguh untuk bagi laluan kpd dia bekerja dulu dan dapat merasa duit sendiri untuk family. Terus saya menjadi hampa dan tanpa disedari saya dingin dengan dia walhal dia tidak tahu apa pun tentang niat saya tu. Dia layan saya elok je tapi saya acuh tidak acuh dengan dia almaklumlah tengah sentapkan. Hahaha. Itu lah satu lagi sikap dia yang buat saya tersentuh. Semua yang saya buat salah hanya disimpan dalam hati dia. Entah macam mana satu hari tu saya tanpa berfikir panjang pergi /unfriend/ FB dengan dia, niat nak bergurau-gurau je macam selalu tapi tidak berhasil. Dia marah saya kaw-kaw. Masa tu lah meletop semua masalah. Dia cakap macam tu, saya cakap macam ni. jadi tidak ada jalan penyelesaian lah. Akhirnya, dia cakap dia dah tawar hati dengan saya dan tidak mahu ada komitmen dengan mana-mana lelaki dah, tidak mahu fikir soal tunang, kawin, just nak jaga family dia. saya dengar je lah ape dia cakap. Biasalah perempuan kalau tengah marah kan. saya biarkan jelah dia, bagi dia masa. Baru padan muka saya. Mungkin masa boleh merubah dia menjadi reda.

 Dalam masa tu saya ada la hantar mesej pujuk tapi dia pulak layan saya dingin. Rupanya masa telah merubah segalanya, dia da tidak mahu saya pujuk dia lagi dan dia tidak mahu saya dah. saya sabar jelah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. saya yakin Allah tolong saya lembutkan hati dia. Hari berlalu hari dan tiada khabar berita, saya umpama zombie pegi kerja dengan hati yang tidak tenteram. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari tengah saya sibuk bekerja, phone buruk saya yang selalu hang ni masuk whatsapp. Perghhhh!!, pedihnya hanya tuhan yang tahu bila saya telan ayat-ayat yang disampaikan tu.


Assalam, orang nak minta maaf. Dah ada orang mai merisik orang dan orang dah terima, tidak lama lagi kami nak bertunang
Allahu, saya jadi kelu, ketar, dan terkontang kanting. Apa harus saya lakukan? Tidak terjawabkah doa saya selama ini? saya tabahkan hati, saya anggap itu omong kosong aja sekadar nak menyakat saya. saya istigfar, saya ingat tuhan. saya percaya setiap perancangannya. saya tabah, macam tiada apa berlaku dan saya tidak menangis okey! Balik dari kerja lantas saya memulakan risikan. Bertanya kpd kawan rapatnya. Ya, ternyata berita itu benar. Hampa lah saya skali lagi dan luluhnya hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Dimana janji-janji dulu yang ingin hidup semati, berkahwin, berkongsi apa yang ada didunia untuk memperoleh akhirat? Dimana kenangan-kenangan kita dulu dan perasaan kasih menghilang? Bagaikan dibadai ombak, sekelip mata nikmat dunia itu hilang begitu saja. Bila dah tiada baru terkenang, begitulah hari-hari yang mendatang setiap masa teringatkan dia. Semua yang buat tidak kena. Makan tidak lalu, tidur tidak lena tapi mandi basah saja. saya cuba mencari ikhtiar, saya solat taubat, solat hajat, solat istikharah.



 Lalu terdetik lah dihati saya untuk pergi ke rumah dia untuk bersua muka. saya buat preparation dengan beli cincin, ngam-ngam ada cincin yang saya berkenan dan size tepat dengan jari saya yang halus mulus ni, agak-agak padan la kot dengan dia. Oleh kerana hati tidak tenteram, saya pun minta cuti rehat keesokkannya. Ramai yang mengatidakan tidak elok saya pergi berseorangan seperti tiada adab. Tapi apakan daya, saya pergi dengan membawa niat yang suci, saya yakin Allah permudahkan urusan saya. Diterima atau tidak ditolak tepi. Lalu berlalulah saya menerjah highway dengan ditemani lagu-lagu jiwang di corong radio. Sesampai di bandar pasola itu saya hilang arah tuju dan sesat hampir 1 jam. Alhamdulillah Allah tnjuk jalan, tengah-tengah sesat tu terlalu lah jalan yang betul. Sesampai dirumahnya lega kerana pintu terbuka luas. Sampai dipintu rumah kaku saya bila ada ramai orang dalam tu. Rupanya rombongan dari pihak lelaki tu.

Sesudah saya berikan salam lalu bangunlah mereka meninggalkan saya menandakan majlis sudah abis. Sempat saya salaman dengan mereka. saya dah boleh agak apa yang terjadi. saya tenang. saya salam dengan ayahnya dan duduk disofa smbil memerhatikan suasana sekeliling. saya lihat dia bersalaman dgn ibu lelaki itu sambil mengangguk anguk menerima. saya bayangkan indahnya jika itu ibu saya. Allahuakhbar, lalu saya suarakan niat saya datang hari ni. saya datang untuk kata putus, saya nak tau ape sebenarnya yang berlaku. Bukan niat saya datang untuk buat huru hara untuk sakitkan hati mana-mana pihak. Ibu ayahnya faham. Lalu saya mulakan bicara dengan bertanya perihal lelaki tersebut, kenapa boleh terima dia sedangkan tidak saya? Apa yang saya sakitkan hati dia sangat smpai semua ni berlaku? saya lihat dia menjawab dengan tenang dan penuh tutur bicara. saya tanyakan semua soalan yang bemain di fikiran saya dan dari jawapannya saya tau yang dia betul-betul terima lelaki tu dengan ikhlas. Setelah apa yang saya janjikan dulu untuk jadikan awak isteri saya dan bahagia ke akhir hayat. Hari ini saya datang untuk tunaikan janji-janji saya. Saya datang membawa sebentuk cincin. Jika awak setuju sarunglah cincin ini, jika tidak. Saya redha. Setelah semuanya telah jelas saya pun mulakan bicara ini.

 Bismillah, bicara ini kerana Allah. Semenjak kita kenal saya dah pasang niat utk jadikan awak isteri saya. Saya ingin sentiasa berkongsi suka dan duka dengan awak, sentiasa menjaga awak, sentiasa ada disisi awak, menjaga makan minum awak, mengharungi liku-liku hidup dan tua bersama awak. Gugup saya menunggu keputusan darinya. 

Ternyata jawapannya TIDAK, lalu saya redha. saya tutup cincin tu dan simpan kembali dalam poket. Alhamdulillah, saya dah tunaikan janji saya dan saya dah dapat jawapannya. Tiada apa lagi yang saya mahukan, hanyalah kemaafan atas segala khilaf saya sepanjang perkenalan kami. saya dan dia dah kosong-kosong, tiada apa yang perlu didendamkan antara kami mahupun keluarga kerana kami masih lagi berkawan. Akhirnya, saya sampaikan pesanan saya yang terakhir agar dia sentiasa menjaga aurat, bekerja kerana Allah, jaga makan minum dan jangan lambatkan solat walaupun sibuk bekerja. saya smpaikan pesan jua pada lelaki tu supaya menjaga dia dengan baik, cepat-cepat kahwin dan biarlah rezeki yang diperolehi tu berkat untuk mereka nanti.

 Akhir perbualan saya, saya salami mereka dan berlalu pergi dengan hati yang tenang. Nukilan ini khas untuk penjelasan sebenar kpd pembaca-pembaca memandangkan pos saya telah pun menjadi viral. Tujuanya supaya tiada yang tersalah sangka. Dalam hal ini tiada siapa pon yang salah. Hanya takdir Tuhan yang menentukan segala-galanya. Dialah sebaik-sebaik perancang dan jika jodoh saya dengannya Allah akan dekatkan kami tapi jika dia bukan jodoh saya Allah akan tenangkan jiwa saya dengan ketentuannya. saya dah pun kosong-kosong dengan dia. Ingatlah, hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Dialah yang memiliki alam semesta ini, kita hanyalah khalifah yang menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amalkan niat melakukan sesuatu benda kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.

Saya tidak mahu lah ada yang komen-komen menyakitkan hati dia, mengata dia perempuan sebegitu sebegini. Jujur dihati saya, dialah perempuan yang terbaik pernah saya jmpa, rugi rasanya saya ni. Tapi tidak mengapa, mungkin tiada jodoh kami didunia, mungkin dia mnjadi permaisuri saya di syurga nanti. Percayalah, Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tenteramkan hati saya dengan ketentuan-Nya. Dia tahu isi hati dan jodoh saya. Kalau dia jodoh saya pun, perit sekali diuji ketemu jua kami nanti
==[close]==