Zamani Slam Tunjuk Perkembangan Positif Naik 9KG Selepas Proses Pemulihan



Tahniah kami ucapkan kepada Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan dengan jayanya di sebuah pusat pemulihan di ibu negara malah lebih menarik lagi, penyanyi ini juga dikatakan sudah bertambah berat badannya, bukan sekilo dua tetapi 9 kilogram. Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu.

Difahamkan, Zamani akan berada lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat. “Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, Isnin lalu.

 “Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu,” ujar peguamnya lagi.

Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah- SuaraSemasa Sumber : MSTAR
==[close]==