Fakta Sebenar Binaan Kota A Famosa Yang amat patut Diketahui




Fakta Sebenar Binaan Kota A Famosa, Anda Pasti Tidak Akan Melawatnya Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana asal usul Kota A Famosa dan bagaimana ianya didirikan. Bangunan yang sangat terkenal diseluruh dunia ini menjadi kemegahan rakyat Negeri Melaka dan menjadi tumpuan pelancong samada dari dalam dan luar negara saban tahun.

Kota A Famosa yang kini menjadi tumpuan pelancong Tetapi bagi mereka yang tahu asal usul bagaimana bangunan tersebut dibina mungkin tidak akan melawatnya dan mungkin juga akan membencinya terutama kepada mereka yang beragama Islam.



Mengikut sejarah seperti yang diceritakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Saudara A. Karim, A Famosa adalah simbol kekejaman penjajah Portugis. Beliau yang juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata, sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511. “Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan penjajah Barat ketika itu, Raja Portugis ketika telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.
Betapa jahatnya musuh-musuh Islam ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambil batu-batanya bagi membina simbol kekejaman mereka yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini iaitu Kota A Famosa.

Jika tidak kerana usaha-usaha jahat kuasa Barat di Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut segala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah Gold, Glory and Gospel pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.

Jika tiada kerja-kerja jahat dari bangsa Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni, katanya
==[close]==