Semuanya bermula daripada video pendek adik Amira yang menyatakan perasaan ingin berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza setelah dia kehilangan kedua ibu bapa yang terlibat di dalam kemalangan di lebuh raya DUKE baru-baru ini.
Lantas, berpunca daripada perkara tersebut terdapat beberapa blog yang mengambil kesempatan untuk menghangatkan apa yang diluahkan oleh adik Amira sekaligus membuatkan nama Siti Nurhaliza turut terpalit bersama.
Khabar angin mengenai Siti mahu mengambil Amira dan Aqila sebagai anak angkat terus tersebar sehingga membuatkan pembantunya memuatnaik gambar dan juga kapsyen yang menegur tindakan blog yang menggunakan nama penyanyi itu sewenang-wenangnya.
Sebagai menunaikan permintaan adik Amira serta orang ramai, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menziarahi keluarga mangsa nahas Lebuh Raya DUKE di Taman Batu Muda, sebentar tadi. Tercapai sudah hasrat anak kecil ini untuk berjumpa Siti Nurhaliza.