Obses dengan warna merah jambu, seekor kucing mati akibat mengalami keracunan toksid daripada pewarna yang diwarnakan oleh pemilimya. Lena Leninan yang juga seorang penulis telah mewarnakan kucing itu dengan warna merah jambu bagi mengikut tema dalam satu parti yang dianjurkannya iaitu parti merah jambu, dengan semua tetamu diwajibkan memakai baju berwarna merah jambu. Setelah parti tamat, Lena membiarkan kucing tersebut kerana sudah hilang minat dan kucing itu kemudiannya jatuh sakit dan mati.
Menurut pemeriksaan oleh doktor mendapati kematiannya kucing berkenaan akibat toksid yang dikeluarkan pewarna berkenaan selepas kucing itu menjilat bulunya. Sebelum itu Lena juga dikritik hebat akan berbuatannya itu namun dia mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa tindakan itu mendapat kebenaran doktor haiwan kerana ia memberi manfaat kepada kucing tersebut.
“Warna merah jambu itu dipilih kerana ia dapat memperkuatkan bulunya,’’ kata Lena.
Orang ramai bagaimanapun telah melancarkan petisyen secara dalam talian bagi meminta polis menyiasat perbuatan kejam ke atas haiwan tersebut