SABAK BERNAM - Seorang pelajar perempuan dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap bernasib malang apabila terlibat dalam kemalangan sehingga kedua-dua belah kakinya putus setelah digilis oleh sebuah lori kira-kira petang semalam di Parit 16, Sungai Panjang.
Menurut laporan, mangsa dikatakan bersama adiknya menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan pulang kerumah dipercayai bergengsel dengan sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang lalu terjatuh ke tengah jalan dan tidak sempat untuk bangun dan digilis oleh sebuah lori dipercayai dengan muatan tanah.
Difahamkan pemandu kereta dan lori terbabit melarikan diri selepas kejadian, namun beberapa keping gambar mula viral di media sosial kononnya pemandu lori tersebut sudah ke balai untuk membuat laporan.
Mangsa bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.