Sebuah akhbar dari Thailand, The Nation, semalam telah mencetak satu kartun yang mempersendakan Malaysia berikutan kes penemuan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis.
Kartun itu memaparkan karakter seorang polis sedang menggali kubur dan juga satu karakter yang menyerupai Perdana Menteri Malaysia, berdialog mengenai akta hasutan.
Selain dari itu, kartun itu juga turut memaparkan motto melawat Malaysia, iaitu "Malaysia Truly Asia" tetapi diubah kepada "Malaysia Truly Embarassed".
Seorang jurnalis dari Kuala Lumpur telah memuat naik gambar keratan kartun tersebut di Facebook beliau - Viralsemasa.blogspot.com