5000 Penjawat Awam Curi Tulang Bakal Di Buang Kerja




Penjawat awam yang terlibat dengan pelbagai masalah disiplin di tempat kerja, sehingga penilaian prestasi berada di bawah 60 peratus berhadapan kemungkinan untuk ditamatkan perkhidmatan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Memetik laporan Utusan Online, kata beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mengawasi kira-kira 5,000 kakitangan awam yang 'makan gaji buta'. Katanya juga tindakan itu perlu diambil selari dengan pelan transformasi perkhidmatan awam, sambil menambah, kumpulan penjawat awam itu akan diberi peluang memperbaiki prestasi masing-masing dalam tempoh enma bulan sebelum penyingkiran dilakukan jika 'masih tidak berubah'.
"Kita bukan hina penjawat awam, ini untuk kebaikan penjawat awam tersebut dan juga jabatan. Mereka tak fokus, terlibat dengan perniagaan, ponteng kerja dan macam-macam lagi. Orang macam ini saya rasa kita tidak perlu pertahankan untuk kita bayar gaji buta.

 "Jumlah 5,000 bukan angka mengejutkan kerana keseluruhan penjawat awam 1.61 juta tetapi kita akan panggil mereka untuk diberi latihan. Tapi kalau mereka masih tak mahu tolong diri sendiri kita tak dapat berbuat apa,” katanya dipetik portal itu.

Beliau juga menyangkal tindakan berkenaan dilakukan untuk mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam. "Kita memberi jaminan tiada langkah mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu akan tetap dibuat bagi menggantikan kakitangan yang bersara berjumlah 25,000 setahun, cuma perjawatan baharu sahaja yang dibekukan," katanya

==[close]==