Sehari selepas viralnya video itu, pihak keluarga gadis tersebut telah mengambil tindakan dengan pergi ke rumah sewa milik gadis tersebut di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Kehadiran keluarganya itu bagaikan telah dihidu oleh gadis tersebut. Beliau dikatakan telah membawa diri ke rumah rakannya di sekitar bangsar sebelum rakannya itu telah bertindak menghubungi salah seorang ahli keluarga gadis tersebut untuk memaklumkan lokasi mereka. ... Setelah berjaya mendapatkan gadis tersebut, keluarganya telah membuat keputusan untuk membawanya pulang ke kampung halaman bagi tujuan pemulihan.