Makan 9 orang RM45 sahaja, Kedai Makan Pak Raub kini VIRAL


Kedai makan ini memang patut diviralkan ! Dalam perjalanan menuju ke Selatan tadi, hati saya tergerak untuk keluar di susur tol Pedas Linggi. Hajat dihati memang mahu cari warung untuk singgah makan tengahari kerana perut pun sudah berbunyi.

 Selepas tol, saya belok ke kiri, dalam jarak 100 meter terlihat sebuah warung tanpa nama di sebelah kiri jalan. Kami singgah untuk makan.

Kami terkejut dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk Nismilan seperti masak lomak daging salai, masak lomak pucuk ubi, keli belado, rondang ayam serta banyak lagi yang boleh membangkitkan selera.

" Jemputlah makan dik, ambil lah mana-mana lauk", sapa seorang tua. Sedang asyik kami menjamu selera, dihidangkan pula air sirap satu jag dengan kuih muih talam yang baru siap dimasak. "

Minumlah, tambah lauk lagi adik, ni kuih baru masak yo, jemputlah makan yo", kata pak tua ini sambil melayan kami dan pelanggan yang lain.
Bayangkan, kami makan nasi 9 orang dengan harga RM45 sahaja. Rupa-rupanya air sirap dan kuih muih tadi percuma. Allahuakbar. Rezeki apa lagi yang mahu kami dustakan.

 Warung ini menyediakan nasi berlauk, aneka kuih muih tradisional yang dimasak panas di sini, aneka rempeyek dan aneka kuih talam.

Semuanya sedap belaka. Sekiranya Tuan lalu Pedas Linggi, singgah di warung ini. Pak Tua ini namanya Pak Raub, cukup hebat dan terkesan di hari cara beliau menyantuni setiap pelanggan. Ini saudagar jalanan yang hebat. Terima kasih Puan Fuziah Mustapa and geng kerana sudi menyapa saya di sana tadi. Rezeki makan dan silaturahim yang hebat, ini semua diatur baik oleh Tuhan. Alhamdulillah. Salam sayang. Ikram Al-Banjari.
==[close]==